Categories: HiburanSelebriti

Anak Lana Nodin Dibedah Hari Ini, Linda Onn Luah Rasa Sebak

“ Billy, awak anak lelaki yang kuat,” demikian luah penyampai radio Kool FM, Linda Onn yang sebak mengenai keadaan kesihatan anak kepada pelakon Lana Nodin.

Hari ini, anak kedua Lana, William Daud Mckinzie bakal menjalani pembedahan jantung kerana masalah injap (Aortic Stenosis).

Linda menerusi laman IGnya menulis dia dan Lana berhubung menerusi telefon sejurus mendapat tahu William perlu dibedah.

“ Ibu anda sangat-sangat sedih tak terkata. Saya juga tidak berdaya menahan air mata. But hey, aunty tahu…Billy kuat kan. Semuanya akan baik-baik sahaja, Insha Allah,” katanya.

Sementara itu, Linda turut mendoakan agar pembedahan esok berjalan dengan lancar.

“ Dear Lana, doaku sentiasa mengiringimu dan si kecilmu. Semoga pembedahan berjalan lancar di Institut Jantung Negara (IJN) esok. Bismillahirahmanirrahim,” ujarnya.

Terdahulu, Lana memaklumkan anak lelakinya mengalami masalah membabitkan injap aorta yang sempit dan memerlukan pembedahan.

“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak,” katanya.

Dalam waktu sama, Lana turut memberitahu memandangkan situasi kesihatan William tidak menentu, dia sekeluarga akan menetap lebih lama di sini.

SGMS Faida