Anak Perempuan Didakwa Sebagai ‘Penyondol’, Ibu Cupcake Aisyah Tampil Pertahankan Diri

Ibu kepada pempengaruh Cupcake Aisyah iaitu Sue Razip tampil mempertahankan anak perempuannya yang dilabel sebagai penyondol gara-gara dakwaan bercinta dengan bekas teman lelaki Leona.

Menerusi hantarannya di Instastory, Sue atau lebih mesra disapa Mama Sue memberitahu untuk tidak cepat menghukum tanpa mendengar cerita daripada kedua-dua belah pihak terlebih dahulu.

“Remember there are two sides to every story, and if you are not will to listen to both sides, don’t be so quick to make your judgement on what you have heard.

“Jangan sampai merangkak di Padang Mahsyar minta maaf,” ujarnya.

Di dalam hantaran lain, Mama Sue turut memuat naik ‘screenshot’ beberapa komen yang berbaur negatif tentang dirinya.

Namun, dia tidak ambil pusing dengan perkara tersebut dan bersyukur dengan ujian yang diterima.

“Alhamdulillah for all this. Ujian Allah buat saya. Hopefully jangan sampai Allah uji kepada yang berkenaan atau pada your family members.

“Doa orang teraniaya pasti dimakbulkan,” katanya.

Terdahulu, Leona memuat naik hantaran di TikTok miliknya mendedahkan teman baiknya bercinta dengan bekas teman lelaki selepas mereka berpisah dan netizen mendakwa wanita itu adalah Aisyah.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Dedah Kawan Baik ‘Sailang’ Ex BF, Nama Cupcake Aisyah Dipetik Netizen? – “Lepas Tengok Vlog Tu, Rasanya Memang Dia”

Sekadar info, Mama Sue merupakan isteri kedua kepada Datuk Mohd Razip.

Maya Basir