Categories: Trending

“Student Nak Balik Kampung Sendiri Pun Mahal Macam Tu!” – Sir Badang Mohon Pihak Berwajib Turunkan Harga Tiket ‘Flight’ Ke Sabah & Sarawak

Simpati dengan kebajikan pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak yang menuntut di Semenanjung, pendidik dan pempengaruh media sosial, Sir Badang memohon kerajaan untuk membuat penelitian semula terhadap harga tiket penerbangan pulang ke kampung halaman mereka.

Menurut guru mata pelajaran Ekonomi dan Perniagaan yang sering viral dengan tips belajar, dia memahami kesempitan kewangan yang ditanggung oleh mahasiswa universiti.

Sungguhpun terdapat banyak faktor yang menyebabkan kos tiket melambung tinggi, Sir Badang bagaimanapun mencadangkan agar pelajar mendapat pengecualian memandangkan mereka belum lagi bekerja.

“Kalau kita fikir logik, saya faham pricing tiket flight ni… Bila kita pergi ke Sabah dan Sarawak, kita lalu jalan Singapura. Sebab itu dia jadi mahal.

“I think it’s time to government do exceptional especially untuk student. Sebab mengarutlah untuk kita balik ke negeri sendiri dengan harga bayaran macam tu. Saya sedih tau,” katanya kepada XTRA.

Sedih dengan rintihan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman gara-gara kekangan perbelanjaan untuk menampung tambang penerbangan, guru di pusat tuisyen terkemuka itu bertegas bahawa pelajar tidak sepatutnya terbeban untuk menimba ilmu.

“Kita bukan bercakap pasal pekerja, kita bercakap pasal student. Kalau akses untuk pelajar, tak kisahlah balik ke kampung atau pergi ke fakulti adalah menyusahkan …bagi saya, ia tidak bagus,” luahnya.

Sir Badang ditemui XTRA dalam sebuah program diskusi Kupi-Kupi Talk 6.0 anjuran Persatuan Mahasiswa Sabah Universiti Malaya di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sir Badang berharap agar kerajaan lebih prihatin untuk membela kebajikan anak-anak perantau.

“A good nation is where the education is easy to access. A good government adalah apabila kita boleh kurangkan kos untuk student belajar.

“Bagi saya, itu sepatutnya dan terbaik yang perlu dilakukan untuk pelajar capai kejayaan.

“Apabila kita mudahkan jalan dan urusan mereka, saya rasa kita dah menang dari segi tanggungjawab sosial,” jelasnya.

radius:3px; box-shadow:0 0 1px 0 rgba(0,0,0,0.5),0 1px 10px 0 rgba(0,0,0,0.15); margin: 1px; max-width:540px; min-width:326px; padding:0; width:99.375%; width:-webkit-calc(100% – 2px); width:calc(100% – 2px);”>

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahirandy (@sirbadang)

Sementara itu, ketika diberitahu tentang harga tiket ke Sabah mencecah RM300 dan ke atas untuk satu hala sahaja, Sir Badang terkejut kerana harga tersebut mustahil dapat ditampung oleh anak perantau.

Lagi pula, pelajar-pelajar di universiti masih belum bekerja dan hanya bergantung kepada sumber kewangan sendiri, biasiswa atau pinjaman sahaja.

Syamir Shafie