Leona Dedah Kawan Baik ‘Sailang’ Ex BF, Nama Cupcake Aisyah Dipetik Netizen? – “Lepas Tengok Vlog Tu, Rasanya Memang Dia”

Pempengaruh dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona mendedahkan kawan baiknya sendiri bercinta dengan bekas teman lelakinya.

Menerusi hantarannya di TikTok, dia menggambarkan hatinya yang remuk apabila mendapat tahu tentang perkara tersebut dengan menggunakan ‘filter’ kaca retak.

“My heart when my best friend got with my ex after we broke up,” katanya.

Menurutnya, hal yang berlaku pada tahun 2023 itu membuatkan dirinya trauma namun dia sudah melupakan peristiwa berkenaan.

“My 2023 trauma. I am over it though so, don’t worry. I can joke about now,” tulisnya di kapsyen.

@leonsmeonssmy 2023 trauma 😍😍😍❤️ i am over it tho so dont worry i can joke about it now 🥰

♬ Originalton – 𓁹

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memetik nama pempengaruh yang kini menceburi bidang lakonan iaitu Cupcake Aisyah yang didakwa teman baik yang ‘sailang’ bekas teman lelaki Leona.

Malah, perkara itu didakwa terbukti melalui ‘vlog’ Aisyah memberitahu Leona bahawa teman lelakinya pada waktu itu datang ke rumahnya untuk lepak bersama.

“After watched Aisyah’s Rolex vlog, well, I can tell that it is her.

“No way its Aisyah?!?!

“Patut lah dia dah tak dengan Aisyah and now aku dah tahu kenapa wtf Aisyah seriously? Em dislike,” komen netizen.

Maya Basir