Anak Positif Covid-19, Ain Edruce Mohon Doakan Kesembuhan Segera -“Temperature Too High, Please Doakan”

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce memohon doa semua peminat agar suami dan anaknya yang dijangkiti Covid-19 segera diberikan kesembuhan.

Perkara itu dimaklumkan Ain menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

“Please doakan Soraya dan Amirul sembuh cepat. Terutamanya Soraya. 

“Kesian dia, temperature too high, panas badan dia,” tulisnya.

Menurut Ain, ketika pertama kali dimaklumkan bahawa anaknya yang kini berusia 10 bulan itu positif Covid-19 dia dan suami, Amirul Hafiz semestinya berasa sedih.

“Hye everybody. Soraya okay… time tau dia kena covid sedih Ain and @amirul_hafizz .. down sangat kitorang.. tapi she’s better now,” katanya.

 

Bagaimanapun menerusi hantaran Instagram terkini Ain, 31, sempat berkongsi keadaan terkini anaknya itu.

Terdahulu, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memaklumkan bahawa suaminya, Amirul juga telah dijangkiti wabak Covid-19 pada Ahad lalu selepas mengadu sakit tekak.

Salma Syahbuddin