#SeoulSaranghae: Pelakon ‘Twenty Five, Twenty One’, Kim Tae Ri Positif Covid-19

Memegang watak sebagai Na Hee Do dalam drama terbaharunya berjudul Twenty Five Twenty One, pelakon dan model, Kim Tae Ri kini dilaporkan positif Covid-19.

Memetik laporan allkpop, Kim Tae ri disahkan dijangkiti wabak berkenaan pada 2 Mac lalu dan kini sedang menjalani kuarantin.

Oleh itu, penggambaran drama Twenty Five Twenty One yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada hujung minggu lalu terpaksa ditangguhkan buat seketika.

Bagaimanapun, peminat tidak perlu khuatir kerana proses penggambaran akan disambung semula selepas Kim Tae Ri selesai menjalani kuarantin kendiri.

Kim Tae Ri, 32, yang juga popular menerusi drama Mr Sunshine dan Entourage ini mula mencuri perhatian peminatnya apabila tampil membawakan watak Na Hee Do dalam siri popular drama korea yang ditayangkan di Netflix.

Untuk rekod, Kim Tae Ri juga merupakan pemenang Pelakon Baru Terbaik menerusi filem The Handmaiden di Blue Dragon Film Award yang diadakan pada tahun 2016.

 

Sumber : Allkpop

Salma Syahbuddin