Syamel & Ernie Zakri Dedah Nama Anak, Titip Doa Agar Membesar Dengan Keberkatan

Pasangan penyanyi popular tanah air, Syamel dan Ernie Zakri akhirnya mendedahkan nama puteri sulung mereka sebagai Nur Khawla Soleha.

Berita itu dikongsi Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal bin Mohd Fodzly, 29, menerusi hantaran terkini di instagram miliknya.

“Assalamualaikum. Welcome to the world Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT,” tulisnya.

Manakala, Ernie yang juga finalis Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Boneka turut memuat naik hantaran sama dilaman instagram miliknya.

 

Meskipun pasangan ini masih belum mendedahkan rupa bayi sulung mereka namun keterujaan peminat terhadap perkongsian Syamel dan Ernie dilaman sosial disambut baik peminat setianya.

Salma Syahbuddin