Miliki Kereta Idaman Model Porsche 718 Boxster, Zara Zya Tiada Niat Untuk Riyak

Memiliki sesuatu hasil dari titik peluh dan kerja keras bukanlah suatu yang mudah.

Namun bagi pelakon dan pengacara, Zara Zya, 37, dia meletakkan sasaran yang dimahukan untuk memiliki apa sahaja yang diinginkannya termasuklah kereta Porsche 718 Boxster yang bernilai kira-kira RM400,000.

Perkongsian itu mula tular selepas pelakon Mr Bibik ini berkongsi foto menerusi hantaran terkininya di laman instagram.

“Dalam tak sedar, Allah telah pun makbulkan doa kita satu persatu. Apa yang kita ada hari ini, adalah apa yang kita telah doakan… Alhamdulillah,” tulisnya.

Bagaimanapun, dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk atau riyak dengan perkongsiannya itu dan hanya sekadar mahu berkongsi perasaan gembira bersama peminat dan followers nya.

“Sebenarnya tak ada istilah menunjuk-menunjuk tapi apa-apa sahaja pun memang kita akan share kat media sosial.

“Kalau ikutkan saya lambat post gambar ni, salesman kereta tu yang post dulu so saya repost tu je. Itupun repost kat instagram  story. Semalam ni baru post kat feed instagram Zara. So, memang tak ada istilah menunjuk-menunjuk,” katanya kepada Xtra.

Tambahnya lagi, keputusan untuk membeli kereta idaman ini juga turut disokong oleh keluarga memandangkan ini adalah kereta idamannya sejak dahulu lagi.

“Mama Zara happy and dia takdelah komen kenapa beli kereta ni… memang takde. Sebab kereta-kereta lain saya dah ada,” jelasnya.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian Xtra mendapati  terdapat segelintir netizen yang kelihatan kurang senang dengan apa yang dikongsikan pengasas laman web Malaysia Prihatin ini sehingga sanggup meninggalkan komen yang boleh mencetuskan fitnah.

Perkara itu dikongsi Zara menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik menerusi instagram story miliknya pada Rabu.

Untuk perkembangan terkini, Zara Zya bakal memulakan penggambaran drama terbaharunya berjudul, Risik Pada Hati yang akan ditayangkan di slot Akasia TV3.

ARTIKEL BERKAITAN:“Another Level Punya Drama Melayu, Asyik Nak Tergelak Je Tengok!” – Drama Mr Bibik Raih Pujian, Zara Zya Akui Ia Hadiah Buat Peminat

ARTIKEL BERKAITAN:Zara Zya Nak Bantu Golongan Rider

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 8 Tahun, Zara Zya & Azlee Khairi Kembali “Bercinta” Dalam….

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Malu Ke? Benda Macam Ni Pun Nak Tunjuk…” Zara Zya Dihentam Netizen Gara-Gara Kongsi Video…

 

Salma Syahbuddin