“Anak Saya Merintih 40 Minit!” –  Ramai Sebak Dengar Luahan Hati Bapa Mangsa Pelajar SPM Maut Dilanggar Kereta Pegawai Polis

Berita mengenai pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi, 17, yang maut dilanggar oleh kereta dipandu pegawai polis sehingga kini masih merobek hati ramai pihak yang turut bersimpati kepada keluarga mangsa.

Bapanya, pesara tentera Muhd Zamrie Zainal Abidin tidak dapat menahan rasa sakit di dada apabila menyaksikan anaknya meninggal dunia di kejadian yang berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Jati, Meru, Ipoh.

Lebih menyayat hati, rintihan Zamrie menafikan dakwaan anaknya itu seoang ‘mat rempit’ amat memilukan ramai pihak setelah video tersebut tular di seluruh platform media sosial.

@buletintv3

“Anak saya bukan rempit! Anak saya tak pernah merempit!.. Anak saya cuma buat hal bising sahaja..” – Ayah Zaharif #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #PolisLanggarPelajar #KemalanganMaut

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

“Anak saya merintih 40 minit macam ayam kena sembelih. Anak saya bukan penjenayah, dia pelajar sekolah.

“Adakah atas alasan motosikal bising membolehkan dia dilanggar sampai mati, sedangkan masalah motosikal bising itu boleh diselesaikan dengan mengeluarkan saman.

“Saya hilang anak dan menang atau kalah, anak saya tak kembali. Tapi saya tak mahu kejadian ini berlaku pada anak orang lain.

“Masa kejadian ramai orang dan sesak di situ, dah nak waktu solat Jumaat dan ibu bapa juga mahu mengambil anak sekolah. Anak saya sudah hentikan motosikal, mungkin nak minta maaf selepas tak larat nak pusing (memecut motosikal), tapi dia (pelaku) melanggarnya dan gelar anak saya ‘budak rempit’.

“Kalau dia (pelaku) tak kena (hukuman setimpal), saya menyesal tak sudah jadi ayah kerana saya nampak depan mata anak saya merintih sebegitu,” ujarnya di hadapan Ketua Polis perak, Datuk Seri Mohd Yusni Hasssan Basri menziarahi kediaman keluarga di Taman Chepor Sentosa petang semalam.

Pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu direman selama tiga hari sehingga esok.

Mangsa, Zaharif meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari belakang oleh kereta dipandu suspek.

Sumber: Berita Harian

Aqilah Paharuzi