‘Ugut’ Dedah Kronologi Kes ‘Rosakkan’ Maruah, Wanita Berang Aniq Suhair Masih Enggan Bertanggungjawab – “Jumpa Di Mahkamah!”

Konflik pelakon, Aniq Suhair yang terpalit dakwaan telah menghamilkan seorang wanita sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

Malah, individu tersebut tampil membuat pendedahan terbaru di TikTok mendakwa Aniq masih enggan bertanggungjawab selepas ‘mencabul’ maruah dirinya.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut berkata akan mendedahkan kronologi kes tersebut serta mengheret Aniq ke mahkamah gara-gara selebriti itu tidak mahu memberi kerjasama.

“Aniq Suhair lari dari tanggungjawab hanya kerana mahu lari dari tanggungjawab. Rosakkan kehidupan orang lain adalah perkara yang kau buat.

“Jangan berlakon semuanya dalam keadaan yang baik, rasa benda viral ni kejap dan orang akan lupa ke? Kau bukan manusia.

“Aku akan post kronologi, biar polis buat kerja. Tarik report ke tak. Berapa banyak kehidupan orang yang kau dah rosakkan?

“Aniq Suhair, jumpa di mahkamah. Media jemput datang ke mahkamah bagi kes kes jenayah sivil.

“Lari dari media selagi boleh. Nak jadi orang terkenal tapi buat perangai, lepas itu tanya kenapa nak viral,” tulisnya.

Sebelum ini, wanita tersebut pernah menarik semula laporan dan mengatakan kes ini sebagai fitnah kerana ‘termakan’ janj Aniq yang akan bertanggungjawab, namun begitu setelah aktor ini tidak mengotakan janjinya dia kembali memuat naik beberapa hantaran mendedahkan sisi lain Aniq.

“Haritu cakap fitnah sebab dia (Aniq) balik dari Makkah konon akan bertanggungjawab, akan selesai baik-baik tetapi masih sama lari dari kes. Pergi ke rumah dia maruah kena pijak, ditindas.

“Mungkn dia rasa dengan muka tak bersalah, baik, dia dapat lari dari semua ni,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Dituduh Hamilkan Wanita & Minta Untuk Gugurkan Kandungan, Aniq Suhair Ambil Tindakan Saman!

Artikel Berkaitan: Selepas Mengaku Dihamilkan Aniq Suhair, Individu Wanita Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Berniat Jatuhkan Reputasi & Karier Dia”

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa Aniq sudah mempunyai tiga orang anak serta juga mempunyai bukti perbualan meminta untuk membuat ujian darah namun Aniq enggan berbuat demikian.

Artikel Berkaitan: Tuduh Aniq Suhair Enggan Buat Ujian DNA… Wanita Kembali Buka Mulut, Dakwa Ada Bukti Baharu – “Rupanya Dia Bapa 3 Anak”

Berdasarkan pemerhatian XTRA, sehingga kini Aniq masih menetapkan mod privasi akaun Instagram miliknya selepas kontroversi ini kembali tular.

Aqilah Paharuzi