Categories: HiburanSelebriti

Anak Selamat Bertunang… A Aida Sebak Sehingga Menitiskan Air Mata, Ameng Beri Restu

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida, 53, sebak sehingga menitiskan air mata di majlis pertunangan anaknya, Wan Az Aleesa Wan Aminuddin, 27, yang berlangsung di D’Manggis Janda Baik, Pahang, sebentar tadi.

Mengikat kasih bersama juruterbang, Zain Azrai Abdul Aziz, tangisan A Aida gugur kerana mengenangkan zuriatnya bersama bekas suami, penyanyi Ameng bakal menuju fasa baharu dalam kehidupan.

“Kita sudah jaga dia dari kecil. Tiba-tiba, dia akan dilepaskan menjadi milik orang. Selama ini, dia pergi mana kita akan ambil tahu.

“Sekarang (tidak lama lagi), dia akan jadi milik orang sepenuhnya.

“Nanti, dia sudah tidak tinggal dengan saya (akan ikut suami). Kalau diikutkan memang saya tak nak lepaskan.

“Namun, ini semua adalah fasa kehidupan yang saya perlu hadapi, dia membesar dan berkahwin. Untuk kebaikan dia juga,” ujar pemilik nama Zaidah Awang ini.

Dalam pada itu, Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 55, memberi restu anak sulungnya bertunang kerana bakal suaminya itu seimbang dunia dan akhirat.

“Saya tahu mereka dah berkawan lama. Sekejap putus, sekejap kembali bersama. Zain sememangnya seorang lelaki yang baik. Seimbang dunia akhirat.

“Seimbang dunia akhirat sebab benda pertama yang saya soal atau tanya dia adalah sama ada dia mampu baca surah al-Fatihah dengan sempurna.

“Alhamdulilllah, dari segi agama memang dia tidak mempunyai masalah langsung. Saya memang ‘berkenan’ dan tahu dia mampu menjaga anak saya dengan baik,” katanya.

Selesai bertunang, Az Aleesa bakal bernikah dengan Zain pada 15 Julai hadapan di tempat sama.

Padin