Kongsi Momen Buat Tembikar Bersama, Imran Aqil & Dahlia Rizal Buat Ramai Cair

Bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi, gelagat pasangan selebriti Imran Aqil dan Dahlia Rizal tampil mencuri perhatian dalam kalangan peminat.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Imran telah berkongsi momen bersama tunangnya, Dahlia membuat tembikar di sebuah kedai.

Dalam perkongsian tersebut, Imran dan Dahlia kelihatan sangat gembira dan mesra ketika melakukan aktiviti itu bersama.

Menurut Imran, dia sangat suka melakukan setiap perkara bersama tunangnya itu.

“I love doing things together,” tulisnya.

@imjeebsteri love doing things together

♬ original sound – iJeebster

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya cair melihat kemesraan mereka berdua.

Terdahulu, Imran dan Dahlia telah mengikat tali pertunangan mereka dalam sebuah majlis tertutup, sekitar Ogos tahun lalu .

Fatin Nurain