“Anda Semua Memang Melampau!” – Jadi Mangsa Buli Siber, Qistina Raisah Tak Pernah Dengki Pada Artis Menang Anugerah

Pelakon remaja, Qistina Raisah tampil memberikan respons berhubung kenyataannya sebelum ini mengenai isu artis menang anugerah diminta tidak memandang rendah golongan artis yang masih belum menerima penghargaan.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story (IGS) miliknya, Qistina memaklumkan, dia tidak pernah dengki dengan rakan artis yang telahpun menerima anugerah, sebaliknya dia berasa gembira dengan kejayaan yang diraih.

Dalam pada itu, dia juga sebelum ini mengaku turut mengimpikan untuk menggenggam trofi pada mana-mana anugerah kelak.

“Anda timbulkan fitnah kepada saya, saya tak pernah dengki dengan orang yang ada award, saya tumpang gembira lagi ada.

“Anda semua memang melampau. Tak pernah terfikir budak 15 tahun nak kena hadap semua benda ni,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata pengikut aktres cilik ini menasihatkan agar Qistina menutup ruangan komen media sosialnya daripada terus menjadi mangsa buli siber susulan kontroversi yang menimpanya.

Bahkan, terdapat segelintir warganet yang meminta Qistina bersabar dan menganggap kejadian ini sebagai pembelajaran untuk dirinya pada masa hadapan.

Selain itu, pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) Bell Ngasri turut meninggalkan komen meminta supaya Qistina bersabar dan menjelaskan komen yang ditinggalkannya sebelum ini hanyalah sekadar bahan jenaka sahaja.

 

Salma Syahbuddin