Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Sah Bergelar Isteri Kepada Ubai MZ

Penyanyi popular, Shila Amzah, 33, dan pasangannya juga pempengaruh, Ubai MZ, 25 sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Menerusi perkongsian secara langsung, kedua pasangan mempelai tampak segak berbusana serba putih dinikahkan oleh bapa pengantian perempuan yang juga penyanyi, Datuk ND Lala.

Pada majlis yang cukup indah itu, Shila atau nama lengkapnya Nur Shahila Amir Amzah, menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli manakala hantaran dirahsiakan.

Majlis yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat itu berlangsung di Ampang Boat House, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bertunang pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan.

Mereka mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.

Menurut Ubai, dia sudah mengenali Shila sejak 2011, tapi hubungan mereka bertambah akrab sekitar 2014.

Shila pula bercerai talak satu dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

Khairil Khusyairi