ND Lala Tinggalkan Majlis Selepas Nikahkan Shila Amzah

Penyanyi popular, Shila Amzah, 33, selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial, Ubai, 25, di Boathouse Ampang, di sini, hari ini.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah  menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai manakala hantaran dirahsiakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Sah Bergelar Isteri Kepada Ubai MZ

Terbaharu, menurut laporan Berita Harian, bapa kepada Shila iaitu Datuk ND Lala yang memakai baju Melayu putih mengikut tema majlis, dilihat tergesa-gesa berjalan keluar dan meninggalkan majlis.

Hal tersebut dibuat selepas ND Lala menjadi perhatian pihak media berikutan kontroversi berkahwin dengan wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani.

Lebih mengejutkan, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh juga tidak muncul pada sesi fotografi bersama keluarga.

Malah, isteri ND Lala, Datin Fauziah Sarman juga enggan ditemubual oleh wartawan.

Difahamkan, pihak media turut menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada ND Lala untuk ditemubual, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Februari lalu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Bakal Bernikah Sabtu Ini, Ibu Sempat Seloroh – “Lepas Anak, Mak Pula”

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

Sumber: Berita Harian

Khairil Khusyairi