Meski Hidap Bipolar, Netizen Gembira Tengok Janna Nick Semakin Sihat & Bahagia Dengan Dini Schatzmann – “Bila Kita Bersama Dengan Orang Tepat, Sakit Hilang”

Umum mengetahui, pelakon dan pengacara, Janna Nick disahkan menghidap bipolar disorder sejak dua tahun lalu iaitu pada April 2021.

Meskipun sudah tiga tahun melawan penyakit tersebut, namun Janna sebelum ini pernah mengalami fasa ‘breakdown’ pada Jun 2023 sehingga menangis teresak-esak ketika membuat siaran langsung di TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Otak Sangat Bising, Kritikal Sampai Ajar Cara Bunuh Orang…” – Janna Nick Tertekan, Diserang Penyakit Bipolar Paling Teruk!

Berdasarkan pemerhatian XTRA di platform X, ada individu yang berkata dia lebih meminati aktres drama rantaian popular Surat Dari Tuhan ini selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, aktor, Dini Schatzmann.

“Sejujurnya, saya minat Janna Nick lebih selepas dia berkahwin,” tulis individu berkenaan.

Susulan itu, dalam ruangan balas ciapan tersebut ramai dalam kalangan netizen turut mempunyai pendapat sama dan turut meluahkan rasa kagum melihat Janna yang sentiasa tersenyum serta bahagia di samping suami tercinta, Dini.

Ada juga netizen yang berkata selebriti yang juga seorang penyanyi itu berada dalam dakapan jejaka yang tepat, selain ikhlas menyayanginya sepenuh hati meskipun diuji dengan kesihatan mental.

Sebelum ini, Janna berkata serangan bipolar paling teruk dihadapinya dalah ketika dia terpaksa berpedang dengan otaknya yang terlalu bising.

Namun begitu, pada September lalu, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner memberitahu dia sudah tidak lagi bergantung dengan ubat-ubatan atas faktor kerjaya sebagai pelakon.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Masih Menghidap Penyakit Bipolar, Tidak Lagi Bergantung Pada Ubat-Ubatan Gara-Gara…

Artikel Berkaitan: Setia Beri Semangat, Dini Schatzmann Dah Lali Lihat Emosi Janna Nick Berubah Akibat Diserang Bipolar

Aqilah Paharuzi