Pertimbang Nasihat Orang Ramai, Mua Bellaz Hentikan Produksi Pengeluaran Keychain Kartun Wajah Comel Anak

Jurusolek terkenal, MUA Bellaz atau nama lengkapnya Nabilah Zulyadaini memaklumkan bakal memberhentikan pengeluaran produk keychain kartun wajah anaknya, Nur Aisywara Nealofa.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya, MUA Bellaz berkata tindakannya itu dilakukan selepas menitikberatkan nasihat-nasihat daripada pengikutnya di media sosial.

Jelas MUA Bellaz, separuh daripada keycahin yang telah siap dihasilkan akan diberi kepada pelanggan sebagai hadiah percuma.

“Hampa dgn merendah hati nak bagi tau ..Bellaz berlapang dada memberhentikan produksi kartun keychain Wara…

“Nak semua omi Wara happy dan selesa. Terima kasih atas nasihat dan ucapan yang baik-baik.

“Terima kasih walaupun dah separuh buat. Nanti Bellaz bagi as free gift untuk client makeup mama dia.

“Minta maaf sekali lagi. Kita kena buat benda yang selesakan orang. Kalau orang kurang selesa jangan teruskan sebab yang beri sokongan ini bukan orang luar tapi dari pengikut kita sendiri. Mungkin ada hikmah besar,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya bersetuju dengan tindakan tersebut sekaligus dapat mengelakkan sekiranya ada pihak yang tidak berniat baik menggunakan keychain anaknya itu untuk tujuan khianat.

Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Guna Populariti, Rasanya Memang Sedap! Jualan Karipap & Cucur Badak MUA Bellaz Laku Keras

Aqilah Paharuzi