Serina Menangis Sepuasnya Dapat Tahu Cef Wan Hidap Kanser Limfoma – “Hati Saya Berkecai…”

Pelakon Serina Redzuawan meluahkan rasa sedih tak terhingga apabila mendapat tahu bapanya yang juga cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan, 66, disahkan menghidap kanser limfoma.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Serina mengakui hatinya berkecai dan menangis sepuasnya menerima berita duka tersebut dan menganggap ia sebuah ujian buat keluargnya.

“Semalam hati Serina ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar berita, papa hantar mesej beritahu dia ada kanser limfoma, memang sedih.

“Saya tak tak dapat tahan air mata, saya menangis sepuasnya.

“Saya tahu ini ujian Allah SWT nak beri pada papa & kami sekeluarga, Allah maha baik pilih papa, sebab papa insan yang berhati mulia selalu tolong orang, selalu menceriakan hidup orang lain, sentiasa bantu Ahli keluarga adik beradik,” tulisnya.

Tambah Serina, bapanya reda atas ujian penyakit yang diterima malah memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat bapanya.

“I’m proud of you papa! Insya-Allah sakit tanda Allah Sayang, mencuci dosa dan menaikkan darjat kita sebagai manusia.

“Mudah-mudah sahabat semua yang baca nukilan Serina ini… tolong doakan kesembuhan buat papa ya.

“Ingat papa.. kami semua ada, kami akan doakan papa kembali sihat, Stay strong,” katanya.

Pada Khamis, Cef Wan memaklumkan berita duka apabila dirinya disahkan menghidap kanser limfoma di IG.

Menurut Cef Wan, dia didiagnos menghidap kanser selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Jalani Rawatan Kemoterapi Secepat Mungkin

Khairil Khusyairi