Categories: HiburanTrending

Anggap Artis Baharu Tidak Sombong Tetapi Belum Cukup Ilmu, Bell Ngasri Minta Beri Ruang Untuk Belajar

Pelawak dan pelakon, Bell Ngasri tidak kisah dengan sikap artis baharu yang dikatakan sombong dan enggan menegurnya.

Pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu menyifatkan pendatang baharu dalam industri seni sebagai artis yang masih belum memiliki ilmu secukupnya dan tidak dapat menyesuaikan dirinya di lokasi penggambaran.

Justeru, dia menasihati pelakon senior agar memberi ruang kepada mereka untuk belajar.

ā€œMereka baru saja masuk dalam bidang lakonan ini, jadi mereka kadang-kadang tak tahu sedang berperangai seperti ā€˜divaā€™ atau ada buat perangai tak betul.

ā€œTak perlu marah pun sebenarnya. Kadang-kadang ada yang cakap artis baharu ini besar kepala, tapi mereka pun sebenarnya tak tahu apa yang dibuat itu salah,ā€ katanya.

Bagi Bell atau terkenal dengan watak Barkoba menerusi filem 18 Puasa Di Kampong Pisang, dia hanya akan marah jika artis lama yang buat perangai memandangkan mereka sudah mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup luas.

ā€œJadi, kalau ada pelakon baharu buat hal pada saya, saya faham sebab mereka baru lagi dalam bidang ini. Kecuali pelakon lama yang buat, memang kenalah,ā€ ulasnya.

Memetik laporan Berita Harian, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu bersetuju dengan pendapat segelintir artis baharu yang ingin meminta bayaran lebih daripada pihak produksi.

ā€œMungkin itu disebabkan mereka sudah berduit atau ada buat kerja-kerja lain di luar, jadi perkiraan harga mereka sebegitu. Mereka juga bukan tahu sangat perkara ini,ā€ ujarnya.

Bell yang dianggap masih relevan dalam industri hari ini meluahkan rasa syukur kerana masyarakat masih menerima serta menghargai dirinya.

ā€œSaya tetap bersyukur kalau ada yang mahu bergambar dengan saya. Saya juga tak sangka masih diterima sampai sekarang,ā€ luahnya.

Sumber : BH

Syamir Shafie