[VIDEO] Buat Persembahan Di Wedding BCL, Vokal Yuna Dikritik Warganet -“Kenapa Suara Dia Out?”

Kehadiran seluruh keluarga Allahyraham Ashraf Sinclair pada majlis perkahwinan penyanyi popular, Bunga Citra Lestari (BCL) yang berlangsung di sebuah resort mewah yang terletak di Bali, Indonesia mencuri tumpuan.

Ini termasuklah kehadiran penyanyi Yuna yang tampil membuat persembahan pada majlis resepsi tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok, Yuna kelihatan tampil mendendangkan lagu duet popularnya bersama bintang terkenal Hollywood, Usher berjudul Crush.

Bagaimanapun, video tersebut mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila suara penyanyi itu dikatakan sumbang.

“Asal suara Yuna macam out je,” komen netizen.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi ruangan balas berkenaan, rata-rata peminat Yuna tampil mempertahankan penyanyi kesayangan mereka dengan mengatakan suara penyanyi itu sebenarnya lunak dan bukan seperti yang didakwa segelintir pihak.

“I have been to her concert, suara dia sebenarnya sedap! Cuma this video je audio tak bagus. Tapi sebenarnya suara Yuna sedap okay.

“Betul, suara Yuna sebenarnya sedap. Anda kena pergi konsert Yuna.

“Anda mesti tak pernah datang ke konsert Yuna kan? Her voice is so nice during live.

“Ni sebab key tinggi. Dia kan jenis nyanyi rileks je, tu yang denagr macam menjerit kalau key betul suara dia sedap gila.

“Suara dia tak out. Rasanya backup singer kuat sangat dari suara dia. Tu jadi macam tu bunyi,” komen netizen.

Terdahulu, Yuna dan kakak iparnya, Aishah Sinclair antara yang menjadi barisan pengapit pada majlis penuh intimate bagi majlis perkahwinan BCL dan Tiko Aryawardhana yang berlangsung pada 2 Disember lalu.

Salma Syahbuddin