Anggun Mengenakan Busana Merah Hati, Rossa Sera Akhirnya Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Bekas isteri kepada pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera akhirnya berkongsi berita gembira apabila selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rossa atau nama penuhnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah kelihatan memakai busana baju kurung moden berwarna merah hati dengan solekan tipis menyerlahkan lagi keayuaannya.

Malah, dia juga sempat berkongsi momen ketika acara menyarungkan cincin berlangsung.

“Assalamualaikum doa yang baik baik semua,” katanya.

Bagaimanapun, Rossa Sera masih enggan berkongsi wajah lelaki pilihan hatinya itu kepada umum.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet membanjiri ruangan berkenaan dengan ucapan tahniah dan berharap ikatan yang terjalin akan berkekalan sehingga ke syurga.

Terdahulu, Rossa Sera mencuri perhatian warganet selepas dia memuat naik hantaran di Instagram Story seakan-akan memberikan ‘hint’ bahawa dia kini bakal menamatkan zaman jandanya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Ada Ni Tengah Buat Proposal Kahwin” – Bekas Isteri Shuk Sahar Beri ‘Hint’ Bakal Tamatkan Zaman Janda?

ARTIKEL BERKAITAN:Rossa Sera Dilabel S*ndal, Individu Dakwa Shuk Sahar, Fara Salleh Tinggal Sebumbung?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rossa Sera Wish Birthday Shuk Sahar, Netizen Komen: “Sekejap Lagi Meroyanlah Si Gila B*bi Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ajar Aku Macam Mana Nak Curang” – Dapat Soalan Mengundang! Ini Jawapan Shuk Sahar

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar & Isteri Akhirnya Berpisah? Rossa Sera Amuk Sering Kena Provoke – “Kau Ugut Dia Macam-Macam Sampai Bercerai Berai”

ARTIKEL BERKAITAN: “Permulaan Yang Baik Buat 2023” – Syukur Jalani Umrah Bersama, Peminat Gembira Shuk Sahar & Rossa Sera Berbaik Semula

Salma Syahbuddin