“Annoying… Berita S*ks Mesti Kaitkan Dengan Saya” – Kelly Azman Nafi Ada Video L*cah

Pengacara Kelly Azman menafikan tuduhan video lucah yang tular di media sosial baru-baru ini adalah dirinya.

Menurut laporan Gempak, pemilik nama sebenar Raja Azman Raja Ayob ini kesal apabila sering dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan negatif tersebut.

Tegas Kelly lagi, dia mengaku tidak pernah ada video lucah yang mengaibkan dirinya dalam hidup.

“Apabila artikel itu keluar baru-baru ini, netizen terus komen dan DM cakap ‘ini mesti Kelly Azman’.

“Sebut saja pengacara, benda tak elok mesti saja saya. Jadi, jadi annoying apabila berita melibatkan seks dan berita negatif mesti kaitkan dengan saya.

“Jadi saya menafikan sekeras-kerasnya. Itu bukan saya, walau ada unsur-unsur nak kaitkan saya, tapi bagi saya itu tidak betul. Maaf, saya tak pernah ada video lucah,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Kelly berharap netizen tidak mengaitkan namanya dalam isu tersebut kerana ada hati yang perlu dijaga.

“Netizen lebih arif zaman sekarang ni, apapun, jangan libatkan hal negatif dengan saya. Hati keluarga saya pun perlu dijaga,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan seorang lelaki yang juga pengacara melakukan aksi tidak senonoh apabila beronani di bilik tidurnya.

Video jijik tersebut mendapat perhatian ramai dan netizen mula membuat spekulasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! Tular Dakwaan Aksi Panas Pengacara Lelaki Berupa Jambu Beronani?

Sumber: Gempak

Khairil Khusyairi