Dituduh Bergambar Terlalu Rapat Dengan Ustaz Azhar Idrus, Uqasha Senrose Dikecam… Tuan Badan Tampil Foto Baharu, Kamal Adli Beri Penjelasan

Pelakon Uqasha Senrose menerima kecaman apabila foto bersama pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus yang dimuat naik di Instagram miliknya menjadi bualan hangat netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, Uqasha yang tampil memakai jubah berwarna putih dan bertudung labuh kelihatan teruja untuk mengambil gambar bersama pendakwah kegemarannya itu.

” Ya Allah dapat juga jumpa dan bergambar dengan ustaz @uaioriginal. Memang dah lama sangat minat cara dia berceramah.

“Walaupun demam tak sihat,  Sha makan ubat painkiller perig drip just to attend ceramah dia.Banyak ilmu dia kongsikan tadi best best best ! Qasha excited sangat sangat ! Terlalu teruja. Habis ceramah rasa nak demam balik.. tapi hopefully sihat la nak kerja banyak tertangguh,” katanya.

 

Bagaimanapun, tidak mahu netizen terus bersangka buruk, pelakon filem Sumpahan Jurunei itu tampil memberikan respons mengenai dakwaan tidak menjaga batas sehingga menimbulkan fitnah seperti yang didakwa.

“Tak perlu kot, mulut tu memandai kalau tak ada dekat tempat tu. Angle n sisi awak tengok tu nampak macam tu, saya tahu batas saya ya.

“Orang kanan kiri tolak tolak jadi la atk balance kami berdua. Ya Allah,” jelasnya.

Meskipun sudah memberikan penjelasan mengenai tuduhan tersebut, aktres itu sekali lagi memuat naik foto bersama Ustaz Azhar menerusi hantaran yang berlainan sebagai bukti bahawa dia masih menjaga batas.

“Ni dari sisi lain, tak nak orag fitnah cakap saya nak rapat tak tentu pasal. Macam-macam lah manusia ni,” ujarnya.

 

Sementara itu, pelakon Kamal Adli juga kelihatan turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan sekaligus memberikan penjelasan bagi mengelak timbulnya fitnah dalam kalangan netizen.

“Sabar ayg lain.. kalau rapat sangat saya yang tegur siap-siap dah.. itu camera angle saja. Jangan mudah nak menaip tu ye.. kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu.. dah laa cukup la pergi tidur tu.. apa pun ustaz terbaik.. insyaallahh,” katanya.

 

Salma Syahbuddin