Anuar Zain Jadikan Neelofa Contoh Terbaik

Kenapa agaknya penyanyi pujaan ramai ini yang sudah terlibat dalam industri selama 30 tahun menjadikan Noor Neelofa sebagai contoh? 

Menurut Anuar Zain, beliau meluahkan kekesalan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab terutamanya yang suka melemperkan komen-komen negatif yang berbaur provokasi. 

Justeru itu, Anuar turut meminta pandangan daripada Siti Sarah berhubung masalah bagaimana agaknya mahu berdepan dengan komen-komen negatif daripada netizen.

Sumber : Instagram @anuarzainnetwork

Tambahnya lagi, terdapat sesetengah rakan artis yang meminta beliau untuk membaca komen-komen dilaman instagram milik Lofa kerana pelbagai komen negatif yang dilemparkan kepada pengacara dan usahawan berjaya itu namun, beliau tetap tenang menangani komen yang dianggap sangat teruk. 

“Ada juga rakan yang meminta saya untuk membaca komen netizen di laman instagram Neelofa. Terus terang saya sangat kagum dengan artis sepertinya yang tetap tenang bila berdepan dengan komen netizen yang sangat teruk. Saya cuma hairan netizen beri komen seperti itu tidak takut ke dengan kesan meninggalkan komen negatif sedemikian?” Katanya

Wah, tak sangka pula tindakan Lofa yang lebih gemar berdiam diri dan cuma berkata bila perlu itu dipuji oleh Anuar Zain.  

Salma Syahbuddin