Categories: HiburanSelebriti

Anzalna Nasir Masuk Hospital, Luah Rasa Rindu Pada Anak-Anak – “I Am A Mum Struggling With Separation Anxiety”

Pelakon Anzalna Nasir tampil berkongsi dirinya dimasukkan ke hospital sekali gus meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Anzalna menerusi sebuah hantaran video di Instagram, sebentar tadi.

Menurut Anzalna, dia menyesal kerana terlalu memaksa dirinya bekerja lebih dari had yang sepatutnya.

Lebih menyentuh perasaan, dia turut meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya, Eidrees dan Emirhan kerana tidak boleh berjauhan dari mereka.

“Here I am at a place I dont want to be. I regret pushing myself past my limits. I miss Eidrees and Emirhan so much and it hurts.

“I am a mum struggling with separation anxiety. I’d begin to feel like a part of me is missing and like I couldn’t function without that missing piece. I just wanna go home and spend time with my family,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya mendoakan kesihatan pelakon itu.

Fatin Nurain