Categories: HiburanTrending

[VIDEO] Perkenalan Singkat & Direstui, Musa Hassan Syukur Keluarga Isteri Sokong Qistina Lim Peluk Islam

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selamat mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan pasangannya iaitu Nur Qistina Lim pada Sabtu malam lalu.

Artikel Berkaitan: Tan Sri Musa Hassan Sah Bergelar Suami Qistina Lim

Pada malam resepsi perkahwinan mereka, Musa Hassan menzahirkan rasa terima kasih kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan turut menyampaikan ucapan penghargaan.

Katanya, dia bersyukur keluarganya dan keluarga mentuanya telah memberi restu dan sokongan dalam hubungan mereka.

“Ianya berkat sokongan dan doa serta restu semua pihak khusus kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

“Untuk makluman, saya sungguh bersyukur kepada Allah SWT kerana melalui perkenalan yang singkat telah memberi hidayah kepada isteri saya untuk memeluk agama Islam dan mendapat sokongan daripada kedua ibu bapanya dan merestui hubungan kami.

“Saya juga berterima kasih kepada anak-anak dan adik beradik saya kerana menerima Qistina Lim ke dalam keluarga kami dan menjadi ibu kepada anak-anak saya begitu juga kepada anak-anak Qistina yang menerima saya sebagai ahli keluarga mereka walaupun kita berlainan agama dan bangsa,” ucapnya.

Sebelum ini, Musa berkahwin dengan isteri pertamanya iaitu Juriah Ahmad namun telah meninggal dunia pada Mei 2019.

Kemudian, dia berkahwin kali kedua dengan Elly Afizahwati Abdul Jalil yang mana pada 30 Mac lalu dia telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah.

Artikel Berkaitan: Isteri Musa Hassan Fail Cerai Kerana Shiqaq

Artikel Berkaitan: “Dia Masih Isteri Saya” – Hampir 3 Tahun Berdepan Krisis, Musa Hassan Jelas Sudah 6 Bulan Tidak Sebumbung

Artikel Berkaitan: Musa Hassan Kongsi Ciri & Tabiat Isteri Derhaka

Artikel Berkaitan: “Masalah Privasi Keluarga, Jangan Ada Masuk Campur!” – Musa Hassan Bagi ‘Warning’, Individu Sebar Spekulasi Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

Artikel Berkaitan: “Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Atiqah Johari