“Apa You Buat Ni… Ya Allah” – Lain Macam! Harris Annuar Kongsi Asha Merican Mengidam Makan Sabun

Umum mengetahui mengenai kehamilan sulung isteri kepada pelakon Harris Annuar iaitu Asha Merican dilihat mengidam perkara pelik.

Sebelum ini, Harris berkongsi bahawa isterinya itu mengidam bau simen dinding dan bermain lato-lato.

Terbaru, Harris berkongsi menerusi hantaran Instagramnya menyatakan bahawa Asha mengidam makan sabun pula.

“Haa sudah bini aku dah makan sabun pulak ni, kata dia rasa dia fuh kicking,” tulis Harris.

Jelas Harris dia tidak sempat untuk menghalang kerana isteri dah makan dulu namun tidak menelan sabun tersebut.

“Haa sudah mengidam level apa pulak ni? Nak halang pun tak boleh dia dah buat dulu. Nasib baik dia ludah balik,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan Asha dan turut berkongsi pengalaman mereka mengidam ketika hamil.

Tidak kurang juga, ada yang risau akan kesihatan Asha dan kandungan kerana memakan sabun tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hamil Anak Pertama, Asha Merican Suka Bau Simen Dinding – “Maybe Anak Dia Nanti Contractor”

Artikel Berkaitan: Cari Banyak Kedai Tak Jumpa, Isteri Harris Anuar Mengidam Main Lato-Lato Pula

Artikel Berkaitan: Asha Merican Morning Sickness Sampai Turun 10 KG

 

Atiqah Johari