Ara Johari Selesa Dengan Rambut Pendek

Penyanyi Ara Johari mengakui belum bercadang untuk tampil dengan imej berambut panjang.

Menurut Ara, dia selesa dengan imej sekarang dengan berambut pendek dan akan kekalkan imej tersebut buat masa sekarang.

“Memang ada keinginan nak kembali berambut panjang tapi buat masa ini saya masih lagi mengekalkan imej berambut pendek.

“Saya mempunyai sebab tersendiri kenapa masih kekalkan dengan imej berambut pendek kerana saya nak kekal dengan imej sewaktu keluar single Warkah Untukku sebaik keluar daripada Akademi Fantasia.

“Mungkin selepas ini saya akan berambut panjang tetapi tak tahu lagi bila.

“Apa-apa pun saya selesa dengan imej sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Ara berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, jangan lupa untuk mendengar single raya terbaharu daripada Ara bersama Sufi Rashid, Usop dan Masya Masyitah iaitu Sempurna Seadanya.

Sumber: Gempak

SGMS Enal