Baju Raya Sepasang, Aidilfitri Sherry Ibrahim Tetap Meriah!

Dalam kesibukan kita meraikan Syawal, pelakon Sherry Ibrahim mengingatkan agar orang ramai lebih bersederhana serta beringat kepada insan yang memerlukan.

Tambah Sherry, dia juga bersyukur dapat meraikan Syawal tahun ini serba ringkas dengan satu persalinan sahaja.

“ Satu je baju raya yang paling penting happy dapat bersama keluarga tersayang. So much love.

“ Yang masih beraya sambil tu kita beringat juga pada yang memerlukansebab sedih pula dua tiga hari ini dengar cerita pada keluarga yang hidup susah. Baju raya pun takde,” tulisnya di Instagram.

Pelakon yang pernah membintangi drama Teduhan Kasih ini juga mengingatkan pengikutnya agar sentiasa berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

“ Jadi kalau ada makanan, rezeki lebih bolehlah kita kongsi dengan mereka yang memerlukan dan elakkan dari membazir,” ujarnya.

Sementara itu, Sherry turut mengucapkan penghargaan kepada para peminat yang menghadiahkannya barangan berupa hamper sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Selamat Hari Raya, Sherry & keluarga dari kami di Xtra!

SGMS Faida