#DramaRaya2019 : Terlalu Bengis Punca Anak-Anak ‘Buang’ Bapa Sendiri

TV3 terus menyerikan hari raya korang dengan drama yang menyentuh hati iaitu Samad Tedung. Drama yang mengisahkan tentang seorang bapa yang terlampau bengis dengan anaknya sehinggakan bapa ini dipinggirkan anak-anaknya setelah kematian isteri tercinta.

Setelah hampir beberapa tahun, Samad terpaksa menampung kehidupan dengan mengambil upah membaiki kereta di bengkel Nawi. Dan, siapa sangka Samad yang bengis ini mula kenal apa itu erti kasih sayang dan makna sebenar kehidupan apabila cucu Nawi bernama Amir begitu mengambil berat tentang kehidupan Samad Tedung.

Walaupun baru berusia 8 tahun, Amir tidak berputus asa untuk mendekati Samad walaupun beliau sendiri pernah dihalau kerana datang menghantar makanan kepadanya.

Ikuti kisah Samad Tedung pada hari raya kedua, jam 4 petang hanya di TV3! 

Masih sempat kah anak-anak Samad memohon ampun dari seorang ayah? Sama-sama kita saksikan nanti okay!

 

Salma Syahbuddin