‘Arwah Adalah Insan Paling Jujur…’ Posting Jehan Miskin Buat Netizen Sebak

Menerusi laman Instagram Jehan, dia memberitahu arwah bapanya pergi dalam keadaan tenang malah mereka sekeluarga berada di sisi Allahyarham pada saat terakhir.

“ Bapa kesayangan kami baru sahaja pergi buat selamanya. Arwah adalah insan yang mempunyai jati diri paling tinggi, jujur, berkarisma, penuh semangat dan sangat menikmati kehidupan.

“Arwah membentuk saya menjadi lelaki seperti hari ini. Tanpanya, saya bukan siapa-siapa. Kami sangat bertuah berada di sisinya pada saat terakhir,” tulisnya.

Difahamkan, Allahyarham berusia 78 tahun dan merupakan seorang pensyarah.

Jehan turut memohon agar pengikut di media sosial miliknya mendoakan kesejahteraan roh bapanya. 

“Kami cuma meminta doa anda semua dan sedekahkan Al- Fatihah agar arwah bapa tenang di sana. Papa, kamu sudah bebas sekarang.

“Kami menyayangimu sampai bila-bila, terbanglah bebas dan sampai kita berjumpa lagi,” akhirinya.

Al- Fatihah buat Allahyarham Miskin Pakir Mohamad.

SGMS Faida