Asyik Rosak & Penat Baiki, Fuad Rahman Terus Hadiahkan Tom Kereta Baharu

Penyanyi Tom menerima kejutan daripada suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahman menghadiahkan sebuah kereta baharu kepadanya.

Berita gembira tersebut dikongsikan Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Azal Raja Ikram di Instagram, baru-baru ini.

Menurut Tom, dia akhirnya dapat menarik nafas lega apabila kereta miliknya sebelum ini sering rosak dan penat untuk dibaiki lagi.

“Disebabkan kereta Nissan Latio Tom selalu rosak… Fuad tak larat nak repair selalu.

“Jadi harini suami kita hadiahkan kita kereta Honda HRV RS untuk Tom.. Alhamdulillah,” tulisnya teruja.

Perkongsian tersebut turut memaparkan foto Tom dan Fuad bergambar bersama kereta baharu.

Dalam pada itu, peserta program Famili Duo ini mengucapkan terima kasih tak terhingga buat suaminya yang menghadiahkan kereta baharu buatnya.

“Terima kasih banyak-banyak suamiku Fuad Rahman untuk hadiah yang besar ni.

“Tom happy sayang sangat kat abang.. yayy Tom dah ada dua bijik kereta nama Tom… Love abang sangat…Tom doakan abang murah rezeki amin,” luahnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Untuk rekod, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pernah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Nampak Berseri-Seri! Mesti Girl” – Usia Kandungan Tom Kini 7 Bulan, Ramai Doakan Urusan Bersalin Dipermudah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen Asyik Tanya Lesung Pipit ‘Original’ Ke ‘Fake’, Tom Tampil Perjelas – “Saya Tak Malu Pun Mengaku”

Khairil Khusyairi