Atas Permintaan Ramai, Nabila Huda Buat Trend Wes Anderson Di New York

Sejak kebelakangan ini, trend Wes Anderson menjadi kegilaan ramai pengguna media sosial.

Tak lari dari trend semasa, pelakon jelita, Nabila Huda atau lebih selesa dipanggil Abil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas turut sama melakukan trend terbabit di New York.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Abil sendiri menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.

@abilsuhaimi Nahh,atas permintaan ramai..😝 #Fyp #Wesanderson ♬ original sound – Bien Vincent Sagun

Abil kini sedang berada di New York untuk penggambaran sebuah program masakan.

Aktres berbakat itu mengambil kesempatan untuk sama-sama mengikuti ‘trend’ semasa yang sedang hangat di internet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terpukau dengan kecantikan Abil memakai baju kebaya di New York sambil menujukkan serba sedikit bandar Brooklyn.

“Cantik, tak tahu nak cakap macam mana. Betapa aku suka video dia pakai baju kebaya macam ni. Macam biasa, comel sangat. Love your kebaya vibes Abil,” tulis netizen di ruangan komen.

Nurul Hana