Atikah Suhaime Sah Bergelar Isteri Kepada CEO

Pelakon Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Lokman Teh pada malam Ahad.

Menerusi perkongsian secara langsung di TikTok, dengan sekali lafaz Atikah selamat dinikahkan oleh bapanya iaitu Suhaime Jamali dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Atikah menerima tujuh dulang berbalas sembilan.

Pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Bertunang, Atikah Suhaime Bakal Akhiri Zaman Bujang Minggu Depan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Adalah Pilihan Terbaik” – Atikah Suhaime Nikah Ahli Perniagaan Januari Tahun Depan

Khairil Khusyairi