Categories: HiburanTrending

“Astaghfirullah, Azabnya Mulut Awak Ini” – Jasmin Hamid Bengang Didakwa Tak Sesuai Bersuamikan Lelaki Muda, Muka Macam Nenek

Gara-gara berkahwin dengan lelaki muda, pelakon veteran, Jasmin Hamid bengang dengan kecaman netizen yang menyelar dirinya ‘nenek’ seolah-olah mempersenda usianya.

Bahkan, dia turut dikatakan tidak serasi dengan pasangan jodohnya itu.

Akui sakit hati dengan kata-kata tersebut, Jasmin menyifatkan individu tidak bertanggungjawab itu telah menghina ciptaan Allah.

“Astaghfirullah, azabnya mulut awak ini. Apa salah saya dekat awak. Awak pun bukan pengikut media sosial saya.

“Masuk ‘rumah’ saya tinggalkan komen begini.

“Awak tahu tak awak sudah sakitkan hati saya dan paling penting awak menidakkan kebesaran Allah,” ujarnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Jasmin di aplikasi TikTok miliknya.

Memetik laporan Kosmo, selain mengingatkan soal jodoh adalah ketentuan Tuhan, Jasmin turut memaafkan tindakan biadab pengguna laman sosial.

Malah, dia juga menitipkan pesanan agar individu tersebut lebih berhemah dan menjaga tutur bicara ketika memberi komen di laman media sosial orang lain.

“Awak lupa ya, jodoh, ajal, rezeki dan maut semuanya di tangan Allah.

“Macam itulah juga saya bila dijodohkan dengan suami muda yang sememangnya rezeki dan ketentuan Allah.

“Tidak mengapa, saya maafkan kekhilafan awak dan doakan awak dapat hidayah supaya menjadi manusia yang lebih baik dapat memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.

Sumber : Kosmo

Syamir Shafie