Categories: Hiburan

Anak-Anak Sanggup Bangun Awal Tunai Subuh Berjemaah Di Masjid… Ashraf Muslim Bangga Jadi Contoh Bapa Terbaik!

Pelakon Ashraf Muslim meluahkan syukur apabila anak-anaknya bangun awal pagi untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ashraf bangga dengan disiplin anak-anaknya dan menggelarkan mereka sebagai ‘pejuang Subuh’.

Bahkan, Ashraf menasihati ibu bapa untuk menjadi suri teladan terbaik kepada anak-anak di rumah.

“Alhamdulillah, hero-heroku berjaya bangun pagi untuk solat Subuh berjemaah di masjid.

“Tahniah anak-anakku. Jadilah pejuang Subuh dan ayuh berjuang bersama.

“Mahu didik anak, kita kena tunjuk contoh kepada mereka.

“Saya akan jadi terbaik untuk menjadi bapa yang hebat,” katanya.

Menurut laporan Kosmo, dia menyatakan keistimewaan berbuat amalan baik selain mendoakan setiap insan diberikan hidayah untuk istiqamah.

“Insya-Allah, Allah akan jaga dan bantu kita dalam setiap hal seharian dari soal rezeki dan keturunan kita.

“Doakan kita semua dapat istiqamah dalam amalan seharian. Amin,” jelasnya.

Sumber : Kosmo

Syamir Shafie