Wawa Zainal Alami Muntah Darah Ketika Buat Umrah, Mohon Doa Supaya Sembuh – “Sakit Sendi & Urat Tak Boleh Bawa Bincang”

Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal memaklumkan dia mengalami muntah darah di Tanah Suci.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Wawa berkata kejadian tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan panas dalam.

“Alhamdulillah selesai menunaikan Umrah semalam. Pagi tu saya sakit sangat memang tak mampu nak bangun.

“Sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam.

“Minta doa banyak-banyak supaya sembuh jadi boleh Umrah bersama pasukan. Alhamdulillah di permudahkan,” kongsinya di Instastory.

Dalam pada itu, Wawa tidak menolak kemungkinan badannya berasa letih melampau kerana urusan kerja sebelum mengerjakan umrah.

Malah, isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu turut berkongsi sudah menjalani ujian kesihatan kendiri Covid-19, Influenza A dan B.

“Dua kali check sebab sakit sendi dan urat yang tak boleh bawa bincang. Tapi
Alhamdulillah negatif.

“Mungkin letih sangat back to back dari Sabah, event dengan pasukan kemudian terus ke sini.

“Badan pula dah 30-an tapi perasan 20-an boleh buat semua benda,” katanya lagi.

Untuk info, Wawa dan kelurga sedang menunaikan ibadah Umrah bersama pasukan perniagaannya.

Khairil Khusyairi