Categories: HiburanSelebriti

Atiq Azman Kongsi Momen Bapa Nikah Lagi, Peminat Komen – “Jom Kahwin”

Pelakon Atiq Azman tampil berkongsi momen bapanya, Raja Azman Shah bernikah buat kali kedua sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Atiq menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Atiq kelihatan gembira dan teruja apabila bapanya berjaya menikahi wanita pilihannya dengan sekali nafas.

Syukur segala urusan pernikahan bapanya dipermudahkan, Atiq turut tampil dengan kapsyen yang mencuit hati menerusi perkongsian tersebut.

“Atiq nikah ❌ Ayah Atiq nikah ✅,” tulisnya.

@therajaatiqullah Atiq nikah ❌ Ayah Atiq nikah ✅ #ayahatiqnikah #atiqtakutfanslari #atiqawallagi #tengahcarijodoh ♬ suara asli – Aulia Rahman official

Terhibur dengan reaksi pelakon itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang berani mencuba nasib mengajak pelakon yang terkenal menerusi drama Nur itu berkahwin.

Fatin Nurain