Auwww…Hati Kak Lina Pom Pom Dah Dimiliki

Ehem…nampaknya hati penyanyi, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom kini telah terisi.

Menerusi laman Instagramnya, Kak Lina ada memuatnaik sekeping gambar memaparkan anaknya, Putri Sara Sefhia bersama seorang jejaka misteri.

“ Ini papa ya…boyfriend mama. Sambil tangan memetik bunga kekwa sambil menyelit bunga itu di cuping telinga. 

“ Ni bukan uncle butuqqq (daddy). Moga bahagia milik Putri Sara Sefhia dengan lelaki baru dalam hidupnya,” katanya.

Dalam masa sama, Kak Lina turut bertanya kepada pengikut di Instagram tentang hal ini.

“ Kak Lina nak tanya anak ni kalau ada papa baru dia, mama memang kena pandai- pandai bawa diri ya? Memang tak laku ya? Memang tercampak ya? Kalau nak makan tak nak duduk dekat baby chair, mesti nak duduk dekat riba papa.

“ Lepastu asyik nak dukung saja, tak mahu jalan,” soalnya.

Ramai netizen yang gembira dengan khabar terbaru ini dan berharap hubungan Kak Lina Pom Pom bersama jejaka misteri bahagia seterusnya ke jinjang pelamin. Insya Allah…

SGMS Faida