Tahniah! Sufian Suhaimi Terima Ijazah

Selepas beberapa tahun mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya menamatkan pengajian.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terakhir ini cukup berterima kasih dengan keluarga terutama ibu-bapanya.

“ Meskipun berdepan banyak ujian hidup, saya memang sangat gembira dengan pencapaian ini. Tanpa mereka, kejayaan ini tidak akan berlaku,” katanya kepada BH Online.

Akui Sufian, dia terharu apabila mendapat sokongan luar biasa ketika menerima skrol di dalam dewan.

Sementara itu, Sufian teruja apabila lagunya Dimatamu 2.0 bakal dilancarkan tidak lama lagi sebagai kepada lagu Dimatamu yang mendapat sambutan luar biasa itu.

“ Bulan depan, saya akan lancarkan lagu Dimatamu 2.0 sebagai kesinambungan lagu terdahulu. Selain itu, saya juga bakal tampil dengan lagu duet bersama penyanyi wanita yang masih dalam perbincangan.

“ Manakala, awal tahun depan juga saya akan melancarkan single baru hasil tulisan sendiri,” katanya.- BH Online.

SGMS Faida