Suka Baca Tentang Diri Sendiri Di Media Sosial, Ayda Jebat Dedah Pernah Kena Sindir Peminat Gara-Gara…

Penyanyi Ayda Jebat mendedahkan pernah disindir peminat yang meminta izin bergambar dengannya sedangkan waktu itu dia sedang lapar dan kepenatan.

Menurutnya, peminat tersebut memuat naik hantaran di media sosial mengatakan dirinya tidak ikhlas untuk bergambar bersama.

“Kakak itu muat naik status di laman sosial menyindir saya dengan menulis ‘tangkap gambar pun tidak ikhlas’ sedangkan waktu itu saya sangat lapar dan penat.

“Jadi, saya cari semula kakak itu yang kebetulan masih di dalam pusat beli belah yang sama. Saya minta maaf kepadanya dan jelaskan keadaan saya pada waktu itu.

“Walaupun saya rasa bersalah, namun sebenarnya saya nak beritahu bahawa saya juga manusia biasa. Kenyataan kakak itu mungkin boleh menjadi tular di media sosial,” katanya.

Kata Ayda lagi, dia suka membaca komen di sosial media mengenai dirinya dan mengambil setiap perkara negatif dan positif serta memperbaiki diri.

“Saya suka baca dan nak ambil tahu apa yang mereka (netizen) tahu pasal saya, baik ke buruk ke. Maybe ada perkara yang boleh saya perbaiki, I’m gonna do it,” ujarnya yang ditemui semasa pelancaran produk baru daripada Aurawhite di Park Royal Collection, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terdahulu, suami kepada Ayda iaitu Nabil Mahir dikecam netizen gara-gara tersasul mengumumkan berita mengenai kehamilan isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Statement ‘Berpeluh-Peluh Untuk Cuba Dapatkan Anak Kedua’ Jadi Pertikaian, Netizen Kritik Kenyataan Ayda Jebat & Nabil Mahir?

ARTIKEL BERKAITAN: Umum Berita Ayda Jebat Hamil Anak Kedua Dikecam, Nabil Mahir Mohon Maaf – “Sebenarnya Saya Tersasul Nak Cakap…”

Maya Basir