[VIDEO] Memukau! Body Goals Zara Zya Bikin Netizen ‘Makan Hati’

Pelakon Zara Zya mencuri perhatian selepas tampil dengan busana serba hitam dengan potongan baju memperlihatkan bentuk badannya yang ramping.

Menerusi perkongsian di TikTok, Zara kelihatan berjalan secara catwalk sampil memperagakan pakaiannya itu yang dipadankan dengan sarung tangan serta tudung berona sepadan.

Melihat kepada bentuk badan Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37,  yang dianggap sebagai ‘body goals’ golongan wanita, rata-rata pengikut pelakon yang popular menerusi drama Risik Pada Hati ini tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tips bagaimana untuk mendapatkan  bentuk badan ideal sepertinya.

Malah, ramai yang memuji aktres kesayangan ramai ini apabila kelihatan semakin cantik walaupun usia kini menginjak ke angka 40-an.

“Masya-Allah, kenapa makin cantik ni.

“Cantiknya kalau dapat kurus macam ni. Perfect!

“Cantiknya sis, baju pun lawa macam bad man.

“Labuh lagi super lawa Zara!

“Tolonglah macam mana mana nak kurus macam ni? Apa tipsnya?

“Nak kurus macam ni juga. Tapi diet sehari esoknya aku bedal makan macam-macam.

“Ada tak tips nak badan macam ni tapi nak yang boleh makan fast food.

“Kurusnyaa! Mana perut? ramping gila.

“Lawanya tolonglah! Ambil lah lemak saya sikit,” komen netizen.

Setakat artikelini ditulis, video  berdurasi 7 saat itu telah ditonton lebih 300,000 tontonan dan menerima lebih 31,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin