Ayu Damit Jadi ‘Gedik’ Untuk Tak Cari Lain

Selepas dua tahun lagu ‘diperam’, akhirnya penyanyi Ayu Damit teruja lagu Tak Cari Lain dilancarkan semalam.

Ayu ketika ditemui di Majlis Tandatangan Memorandum Pelancaran Logo Baru Jamu Mak Dara & Produk Kesihatan Bodi Booster memaklumkan lagu itu sebenarnya siap dirakam pada 2016.

“ Ini merupakan percubaan pertama saya menyanyikan lagu bergenre ala-ala Arab. Selalunya saya diberi lagu balada tetapi kali ini saya perlu gedik sikit.

“ Tiada masalah ketika proses rakaman dibuat. Cabarannya apabila saya diberitahu menyanyikan lagu ini dua hari sebelum masuk studio rakaman. Pada awalnya, takut juga tapi Alhamdulillah saya berjaya selesaikan tugasan dengan baik,” katanya kepada XTRA.

Tambah Ayu, proses rakaman Tak Cari Lain hanya mengambil masa tiga jam sahaja.

Tak Cari Lain merupakan lagu tema bagi produk jamu Mak Dara yang merupakan ciptaan komposer Daqmie dan liriknya ditulis Baiduri.

SGMS Faida

Recent Posts