Categories: HiburanTrending

Ayu Wajahnya, Sopan Orangnya & Stabil Kerjaya…Tapi Belum Berpunya? Amira Othman Reda Jodoh Belum Tiba Lagi

Penyanyi dan pelakon Amira Othman reda dengan takdir yang telah tertulis buatnya meskipun lambat menerima lamaran untuk berkahwin.

Akui sering berfikiran positif, pelakon drama Abang Bomba I Love ayou itu bagaimanapun agak terasa hati dengan soalan sensitif segelintir pihak yang bertanyakan tentang jodohnya.

“Setiap kali menerima pertanyaan ini saya tak tertekan pun cuma bila ada yang mempersoalkan saya tidak takut ke kahwin lambat dan menerima zuriat pada usia yang tua, saya rasa soalan seperti itu tidak patut ditanyakan.

“Jodoh dan ajal di tangan-Nya. Siapalah kita untuk mempersoalkan qada dan qadar, semuanya sudah tertulis. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar diberikan jodoh yang terbaik pada waktu yang tepat,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Nadia Amira Othman itu tiidak putus berdoa agar dikurniakan teman hidup yang mampu membimbingnya nanti.

“Hidup kita ini memang tiada jaminan sebab Dia Yang Maha Berkuasa. Allah sudah tentukan apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

“Tidak dinafikan saya masih lagi solo dan tidak mengenali sesiapa pun. Insya-Allah adalah nanti, sama-sama kita doakan,” ujarnya.

Dedah pelantun lagu Hati-Hati itu, dia pernah menjalinkan hubungan sebelum ini namun tidak berjaya untuk kekal ke jinjang pelamin.

Baginya, dia sudah sehabis baik berusaha namun perancangan Allah lebih baik dan mengatasi segalanya.

“Bukan tiada perancangan ke arah itu, tapi apa nak buat jodoh belum sampai lagi. Tipulah kalau sebelum ini saya tak pernah berkenalan atau merancang ke arah itu,” jelasnya.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie