Categories: HiburanTrending

Kekuatan Jantung Tinggal 26 Peratus Sahaja, Ebby Yus Kena Cari RM38,000 Tanggung Kos Pasang Bateri Pada Jantung

Pelakon dan pelawak veteran, Ebby Yus memberitahu dia perlu mendapatkan dana berjumlah RM38,000 demi menjalani prosedur memasang bateri jantungnya.

Ebby bersedia untuk mengumpulkan sejumlah wang tersebut dengan cara apa sekalipun.

Ebby berkata, dia akan cuba mendapatkan dana daripada hospital, namun pihak hospital tidak akan menanggung sepenuhnya kos terbabit.

“Saya perlu cari lagi sekitar antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk alatan sahaja. Itu belum termasuk ubatan dan wad.

“Kalau doktor kata perlu juga jalani prosedur, saya akan cuba usaha untuk kumpulkan sikit-sikit,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, kekuatan jantungnya hanya tinggal 26 peratus berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan terakhir beberapa bulan lalu.

Ekoran kemerosotan keadaan kesihatan Ebby, doktor menayarankan untuk memasang bateri pada jantung.

“Berdasarkan pemeriksaan kesihatan sebelum ini, doktor memang ada menyarankan supaya menjalani prosedur pemasangan bateri.

“Keputusan sama ada perlu jalani prosedur hanya akan diketahui pada bulan hadapan.

“Sebelum ini, saya ada jalani rawatan alternatif dan memang rasa ada perubahan kerana sudah boleh naik tangga,” jelasnya.

Sumber : BH

Syamir Shafie