Categories: Trending

Dakwaan Bakal Cerai… Mawar Rashid Terdiam Selepas Dengar Soalan, Kemudian Talian Terputus

Pelakon Mawar Rashid tidak memberikan komen apabila diajukan soalan mengenai dakwaan dia dan suami, Raf Yaakob bakal bercerai.

Ketika dihubungi, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, berdiam diri selepas mendengar pertanyaan yang diajukan pihak media, kemudian talian telefon terputus.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikhabarkan Hadir Ke Mahkamah Syariah, Mawar Rashid Dan Suami Bakal Bercerai?

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Mawar dan suami, Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

Terdahulu, abang Raf, penyanyi Datuk Fazley Yaakob enggan mengulas lanjut isu ini dan memohon ruang untuk adiknya dan pasangan.

“Saya mohon maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri.

“Apa yang boleh saya cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk Raf dan Mawar. Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan ini,” katanya ketika dihubungi XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Raf Yaakob, Mawar Rashid Bakal Cerai… Fazley Yaakob Mohon Beri Ruang

Hasil semakan, Mawar juga dikatakan tidak lagi mengikuti Raf di Instagram baru-baru ini dan aktres itu memadam foto suami di laman media sosial miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Padam Gambar Suami Di IG? Status Rumah Tangga Mawar Rashid Cetus Tanda Tanya

Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Padin