Aina Abdul Berhabis RM400,000 Untuk Busana, Azhar Sulaiman Persoal Pendapatan Penyanyi Masa Kini – “Singers Are Making Serious Money Ke?”

Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman mempersoalkan sama ada industri hiburan terutamanya golongan penyanyi pada masa kini berjaya menghasilkan pendapatan yang banyak.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Azhar memuat naik tangkapan skrin portal OhBulan melaporkan berita mengenai penyanyi, Aina Abdul berhabis RM400,000 untuk busana ketika di konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 3.0.

Di ruangan kapsyen, Azhar bertanya mengenai pembayaran bagi perbelanjaan tersebut sama ada diuruskan oleh syarikat rakaman.

“I wonder… Who paid for all this, recording company? Zaman sekarang most Singers are making serious money ke?,” katanya.

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Aina menjawab persoalan Azhar itu mengatakan penyanyi kegemaran mereka itu adalah seorang penyanyi yang bernauang di bawah syarikat sendiri (independent artist).

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Azhar telahpun memadam hantaran tersebut di IG miliknya.

Sebelum ini, nama Azhar hangat menjadi sebutan di media sosial apabila lantang bersuara mengenai cara kepimpinan tentera Hamas dalam membendung peperangan antara rakyat Palestin dan zionis.

Artikel Berkaitan: Cadang Ketua Strategi Peperangan Antara Selebriti, Azhar Sulaiman Dikritik Tak Matang… Dilabel Artis Gred C! -“Saya Hilang 400 Followers Sebab Terlalu Lantang Tentang Isu Perang”

Artikel Berkaitan: Tidak Setuju Konsert Coldplay Dibatalkan, Ini Respons Caprice – “Apa Beza Dengan Konsert Aina Abdul?”

Artikel Berkaitan: Bertemakan ‘Aina Abdul’, Konsert ANWAA 3.0 Dihadiri 10,000 Penonton… Berhabis RM400,000 Untuk Busana Unik

Aqilah Paharuzi