Ayuh Dapatkan Tiket AJL 33 Bermula Hari Ini!

Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran, tiket menyaksikan Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) sudah mula dijual hari ini!

Dengan harga serendah RM 25 hingga RM 55, anda boleh mendapatkannya di www.myticket.asia

Pengurus Hiburan Primeworks Studio, Muhammad Sufian Che Isa berkata penjualan tiket ini memberi peluang kepada peminat menyaksikan AJL33 secara langsung.

” Kami yakin dengan harga tiket berpatutan, ia akan habis terjual pada masa singkat”

“ Dengan barisan penyanyi popular yang bakal berentap sesama, persembahan mereka sudah dinanti-nantikan peminat. Harga tiket AJL33 amat rendah jika dibandingkan dengan konsert lain,” katanya.

AJL33 menawarkan tiga jenis tiket iaitu tempat duduk aras empat berharga RM25, aras tiga (RM35) dan arena (RM55).

Pautan penjualan tiket ini akan dibuka mulai hari ini sehingga 2 Februari depan.

Maklumat lanjut mengenai AJL33 boleh didapati dengan melayari www.xtra.com.my dan perkongsian di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia.

AJL 33 akan berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 3 Februari depan jadi jangan lupa dapatkan tiket korang!

SGMS Faida