BLACKPINK Terus Mendominasi Dunia Hiburan

Selepas kejayaan kumpulan Kpop ini menerusi lagu hits mereka Ddu-Du-Ddu-Du, BLACKPINK terus mencipta kejayan demi kejayaan apabila muncul dengan lagu duet mereka bersama Dua Lipa berjudul Kiss and Make Up. Dan bukan itu sahaja

Malah, tahap populariti keempat-empat anak gadis yang cukup berbakat ini menjadi antara pengaruh kuat buat anak-anak remaja kita di Malaysia.

Seperti Sarah Suhairi, walaupun diusia yang masih muda namun, cabaran menyanyikan lagu yang menjadi kegilaan anak muda masa kini sedikit sebanyak melonjakkan nama beliau dalam industri seni sekaligus ini adalah salah satu batu loncatan buat diri beliau setelah bergelar juara bagi sebuah program realiti nyanyian.

Ini dapat dilihat apabila persembahan Sarah pada Konsert Lazada lepas mendapat pujian dikalangan peminat mahupun fan club BLACKPINK sendiri yang dikenali sebagai BLINK.

Dan, dengar cerita BLACKPINK juga bakal berkolaborasi bersama jenama terkenal, Samsung tidak lama lagi. Nak tahu, apa agaknya kejutan yang akan dibawakan oleh Samsung dan BLACKPINK, korang kenalah stay bersama kami di www.xtra.com.my

Terbaru, BLACKPINK juga bakal mengadakan persembahan di Festival Music & Arts bertempat di Coachella. Antara artis lain yang turut membuat persembahan pada festival muzik itu adalah, Wiz Khalifa, Bazzi, Jaden Smith dan ramai lagi.
Salma Syahbuddin