Categories: Eat TravelFeatured

Boulder Valley Glamping & Event Place, penginapan rimba tersembunyi di Pulau Pinang

Jika sebelum ini anda ke Pulau Pinang untuk memburu makanan lokal yang sedap-sedap belaka, namun untuk kunjungan seterusnya anda wajib singgah ke Boulder Valley Glamping & Event Place.

Lokasi ini merupakan markas baru di Pulau Pinang untuk anda nikmati dan merasai pengalaman berada di hutan bersama kawan-kawan dan keluarga ala-ala glamping.

Foto: bouldervalleyglamping.com.my

Pastinya anda akan dapat menenangkan minda sambil menikmati kehijauan rimba.

Bukan itu saja, berada di sini membuatkan anda lupa tentang makanan yang lazat terdapat di negeri itu dan kesibukan kota Pulau Pinang.

Malah, anda hanya mahu bercinta dengan alam semula jadi selain menghayati seni bina lokasi ini yang cukup menarik.

Foto: bouldervalleyglamping.com.my

Jika terasa lapar sekalipun, usah gusar kerana makanan yang disediakan juga memikat selera. Bagi yang merancang majlis perkahwinan bertemakan nature, di sini terdapat glass house yang pastinya sangat unik.

Menyediakan pelbagai jenis bilik, di sini bilik untuk keluarga yang kecil, keluarga yang besar dan bujang pun ada.

Jadi, tunggu apa lagi? Percutian seterusnya wajib singgah ke Boulder Valley Glamping & Event Place!

Foto: bouldervalleyglamping.com.my

Sumber: Penang.gov

Yanie Baharom